Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 1612WAN 1700WAN 1728WAN 1748WAN 1810WAN 1836

KUALA LUMPUR, 30 Mei 19 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah mengadakan perjumpaan bersama pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini bagi menyampaikan amanat sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut nanti.

Dalam ucapan Panglima Angkatan Tentera, beliau mengingatkan kepada warga ATM yang hadir supaya mengutamakan aspek keselamatan semasa bercuti pulang ke kampung. Beliau juga menegaskan kepada anggota yang bertugas pada musim perayaan agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Selain itu, turut diadakan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai dan anggota ATM yang hadir.