Kemaskini Terakhir: Selasa,16 Jul 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUANTAN, 20 Jun 2019 - Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) Eksesais SAREX MALSING siri 2/2019 telah diadakan di PU Kuantan. Latihan ketenteraan antara TUDM dan Republic Singapore Air Force (RSAF) edisi kedua ini akan diadakan pada 30 September hingga 4 Oktober 2019. Latihan yang memfokuskan operasi SAR ini dilaksanakan bagi membentuk dan mengukuhkan persefahaman operasi bersama kedua-dua angkatan udara tersebut.

Dalam FPC kali ini, kedua-dua negara telah bersetuju dalam perkara-perkara yang melibatkan operasi penerbangan, sokongan logistik serta pentadbiran yang melibatkan acara-acara rasmi. Lt Kol Muhammad Fazri bin Mat Zin TUDM yang bertindak sebagai ExDir telah mewakili TUDM manakala LTC Lee Hsiang Wei mewakili RSAF terlibat dalam FPC dan tinjauan tapak eksesais yang bermula 17 hingga 21 Jun 2019.