Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

00240ab1 23fb 4942 9413 a9a8de042a7d

KUALA LUMPUR, 25 Jun 19 - TUDM telah menerima kunjungan delegasi dari Tentera Udara Turki (TURAF) bersempena 4th RMAF-TURAF Air Staff Talks 2019. Program ini merupakan platform bagi hubungan kerjasama ketenteraan antara TUDM dan TURAF yang merangkumi mesyuarat, makan malam rasmi, lawatan kerja dan lawatan sosial. Program yang diadakan secara penggiliran antara kedua-dua buah negara ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan Turki melalui diplomasi ketenteraan.

123

Mesyuarat Air Staff Talks yang diadakan di Wisma Perwira ATM melibatkan 7 delegasi dari TUDM dan 3 delegasi dari TURAF serta 2 peserta dari pejabat Atase Ketenteraan Turki di Kuala Lumpur.

456

Peserta Program Air Staff Talks telah disajikan dengan persembahan tarian traditional sambil menikmati makan malam.