Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20190622 10374720190622 09284120190622 103826

BRICKFIELDS, 22 Jun 19 - Persatuan Buddha TUDM bersama dengan Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association (MACVA - RMAF) telah mengadakan Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas di Buddhist Maha Vihara di Brickfields, Kuala Lumpur sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-61.

Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas ini diketuai oleh Pengerusi Persatuan Buddha TUDM, Kol Tan Chee Seng TUDM dan Pengerusi MACVA-RMAF, Brig Jen (B) Dato’ Goh Seng Toh bersama 20 anggota dari seluruh Pangkalan TUDM dan 25 anggota MACVA.

Senior Coordinator Buddhist Maha Vihara, Miss Yanna Perera telah menyambut kedatangan anggota yang hadir dan taklimat tentang sejarah penubuhan serta mercu tanda yang terdapat di BMV iaitu BMV Sanchi Gate, Lotus Fountain Pond, Shrine Hall, Pagoda dan Bohdi Tree telah disampaikan oleh penceramah BMV, En Lau Kai Kong di Wisdom Room.

20190622 10412420190622 10431920190622 105000

Anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA–RMAF juga diberikan Buddhist Talk oleh bertajuk The ‘Essence of the Buddha's Teaching’ yang menerangkan asal usul, kewujudan serta ajaran agama Buddha.

Selepas itu, mereka telah dibawa ke ‘Shrine Hall’ untuk Upacara Sembahyang Khas yang dinamakan Buddha Puja ‘(offering to the Buddha)’ dan diikuti dengan ‘chanting and blessing’ yang disampaikan oleh salah seorang Sami Buddha yang menetap di situ.

Upacara ini bertujuan untuk mendoakan keamanan, kesejahteraan serta kejayan kepada anggota sekeluarga dan juga kepada TUDM, MACVA-RMAF dari semua aspek cabaran dan dugaan kehidupan serta mewujudkan suasana kebersamaan dan harmoni di kalangan anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF.

WhatsApp Image 2019 06 27 at 10.56.4620190622 103757IMG 20190622 112555

Sebagai tanda penghargaan kepada Buddhist Maha Vihara, pemberian sumbangan (alms) daripada TUDM telah disampaikan oleh Kol Tan Chee Seng TUDM dan MACVA–TUDM turut memberikan sumbangan melalui Brig Jen (B) Dato’ Goh Seng Toh kepada En Lau Kai Kong bersama Sami Buddha, Venerable S.Sumangala Thero yang mewakili pihak pengurusan BMV.

Anggota-anggota Persatuan Buddha TUDM dan MACVA - RMAF telah mengambil gambar keseluruhan di Shrine Hall dan Vegetarian Food disediakan untuk menjamu selera bersama dengan Sami Buddha dan pihak pengurusan Buddhist Maha Vihara.

Lawatan dan Upacara ini diakhiri dengan pemberian buku MEMOIRS of the Malaysian Armed Forces Veterans dari En Joe Pie Chong Seng, selaku Timbalan Pengerusi MACVA - RMAF kepada Kol Tan Chee Seng TUDM. MACVA - RMAF berharap buku ini akan memberikan impak positif kepada semua anggota ATM terhadap pengorbanan, sumbangan dan camaraderie yang telah dicurahkan oleh veteran ATM dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara agar dapat diingati oleh semua anggota ATM selama-lamanya.

IMG 20190622 112307

Persatuan Buddhist TUDM dan MACVA - RMAF ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota penganut Buddha yang telah meluangkan masa serta kepada pihak TUDM dan MACVA-RMAF dalam menolong menjayakan Lawatan dan Upacara Sembahyang Khas ini.