Kemaskini Terakhir: Selasa,16 Jul 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

KUALA LUMPUR, 2 Jul 19 – Dua orang pegawai kanan TUDM hari ini telah dinaikkan ke pangkat masing-masing di satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Di majlis ini menyaksikan Kol Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral TUDM dan akan memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Kuantan. Manakala Lt Kol Sebastian Arokiaraj William TUDM dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM dan akan memegang jawatan Staf Juruarah Udara di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.

34

Turut hadir menyaksikan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.