Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.24WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.25WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.26

KUALA LUMPUR, 22 Jul 2019 – Sesi Dialog Perwira Kertas Putih Pertahanan Siri 3 – People in Defence telah dilaksanakan di Auditorium Wisma Pertahanan. Dialog Perwira 3 kali ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong.

WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.27 1WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.27WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.28

Dialog hari ini dilaksanakan dengan empat sesi melibatkan seramai tujuh belas orang panel dan empat orang moderator daripada kalangan warga akademik, pemain industri, penyelidik dan kementerian. Seramai 200 peserta dari pelbagai kementerian dan organisasi yang terlibat dengan sektor pertahanan menghadiri program dialog kali ini.

WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.30WhatsApp Image 2019 07 22 at 13.27.31

Pelaksanaan Dialog Perwira – Kertas Putih Pertahanan telah bermula dan dilancarkan pada 22 Januari lalu oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dengan tajuk “Navigating the Risks of the Thucydides Trap”.

Tujuan siri dialog ini dilaksanakan adalah untuk memastikan Kertas Putih Pertahanan yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan mendapat input dan penglibatan semua pihak termasuk masyarakat Malaysia.