Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0106DSC 0126DSC 0163image1image2

BANTING, 23 Jul 19 - Bersempena dengan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara siri 1/2019, Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Penyelia Agama Rejimen TUDM, Sjn Mohd Shukri bin Ramli telah diadakan di Surau Nurul Huda, Rejimen TUDM.

Turut hadir Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Bantuan Udara, Panglima Wilayah Udara 1 dan 2, AKS-AKS, Ketua Staf, Komander Pangkalan dan Pegawai Memerintah Skn/Unit di bawah Markas Pemerintahan Operasi Udara.

Semua ahli mesyuarat turut disajikan dengan jamuan makan malam di Wisma Perwira Rejimen sebelum berangkat pulang ke Cove Golf & Island Resort Pulau Carry, Klang.