Kemaskini Terakhir: Selasa,15 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.31WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.25WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.26

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 19 – Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) ATM Ke-29 bagi tahun 2019 bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan.

WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.29WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.32WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.34WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.35

Majlis ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut pusat yang melibatkan zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan melibatkan 309 pelajar. Seramai 160 penerima PT3, 84 penerima SPM dan 65 orang pelajar IPTA telah menerima anugerah pada majlis ini.

WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.24WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.36WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.37WhatsApp Image 2019 08 06 at 12.24.38 1

Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan galakan kepada anak-anak anggota tentera yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anak-anak yang berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA). Semenjak majlis anugerah ini diadakan sehingga tahun 2019, seramai 13,694 anak-anak ATM telah menerima anugerah ini. Bagi Tahun 2019, penerima anugerah adalah melibatkan keseluruhan penerima dari seluruh Malaysia sejumlah 561 pelajar (312 pelajar PT3, 144 pelajar SPM dan 105 pelajar IPTA) yang layak diberi anugerah pada tahun ini.

Yayasan LTAT di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah membiayai sepenuhnya keperluan pemberian anugerah ini. Kelayakan Penerima Anugerah adalah merujuk kepada keputusan Mesyuarat Lembaga Menteri Ke-4/91 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah LTAT Siri 3/2014 pada 23 Oktober 2014, kelayakan minimum bagi penerima adalah seperti berikut:

1. PT3 - Mendapat sekurang-kurangnya 6A dan ke atas tanpa mengira pangkat ibu/bapa. Pemberian anugerah mengikut jumlah A yang diperolehi seperti berikut:
a. 6A pemberian sebanyak RM 400.00.
b. 7A pemberian sebanyak RM 500.00.
c. 8A pemberian sebanyak RM 600.00.
d. 9A dan ke atas mendapat pemberian sebanyak RM 800.00.
2. SPM - 6A (anak pegawai) dan 5A (anak LLP) dengan pemberian anugerah sebanyak RM1,500.00 setiap seorang.
3. IPTA - Mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di IPTA dan menerima RM 1000.00 setiap seorang.

Turut hadir pada majlis tersebut, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.