Kemaskini Terakhir: Selasa,15 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

AZM 2109AZM 2114DSC 2221DSC 2257WAN 4049WAN 4085

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 19 - Panglima Tentera Udara Australia, Air Marshal Mel Hupfeld telah mengadakan kunjungan ke Kementerian Pertahanan hari ini sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari di Malaysia bermula semalam.

Dalam rangka lawatan di sini, beliau telah melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, YB Senator Liew Chin Tong dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

WAN 4126WAN 4138WAN 4146

Pertemuan dua hala ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan yang telah wujud sekian lama khususnya antara TUDM dan RAAF.

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Pasukan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama TUDM yang turut diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM.