Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1566944744180FB IMG 1566944750070FB IMG 1566944752668FB IMG 1566944756070FB IMG 1566944759514FB IMG 1566944770203

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 19 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan secara rasminya menutup ‘Malaysian Armed Force Defence Studies Preparatory Course’ Siri 6/19 hari ini.

Kursus anjuran Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) yang dihadiri seramai 14 orang pegawai berpangkat Lt Kol TUDM telah berlangsung selama dua minggu mulai 13 Ogos hingga 23 Ogos 19 di Ancasa Hotel & Spa Jalan Pudu.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk menyediakan dan melengkapkan penuntut dengan pengetahuan berkaitan tentang pengajian di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang merangkumi tiga modul iaitu MAF Defence College Overview, Research Methodology dan National MAF Defence Studies.

Turut hadir semasa majlis penutup ini berlangsung ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nurul Amir bin Otman TUDM.