Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0012 resizeDSC 0019 resizeDSC 0025 resizeDSC 0036 resizeDSC 0060 resizeDSC 0069 resize

ALOR SETAR, 28 Ogos 19 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah mengadakan lawatan kerja beliau di Kolej Tentera Udara bersempena Pemeriksaan MPPLU yang bermula pada 26 Ogos sehingga 29 Ogos 2019.

Ketibaan PPLU disambut oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM bersama pegawai-pegawai Eksekutif Kolej. Beliau juga telah melawat unit-unit di KTU dan mengadakan sesi dialog bersama kadet-kadet di Sekolah Latihan Pegawai dan pelatih-pelatih INSPEN 2.

Di akhir lawatan kerja beliau, turut diadakan satu sesi taklimat maklumbalas berkenaan pemeriksaan MPPLU di Bilik Mesyuarat, KTU serta sesi bergambar bersama Komandan dan pegawai-pegawai Eksekutif Kolej.