Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

69349464 2469752023112429 721616731214184448 n69356514 2469752243112407 4528198928004284416 n69446901 2469752406445724 1673506476146032640 n69648289 2469751859779112 4736043798595895296 n69841621 2469752596445705 8920456454553468928 n70056013 2469752143112417 1656553656113168384 n

KUALA LUMPUR, 2 Sept 19 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan 'Bilateral Meeting' bersama Panglima Tentera Udara dari tiga negara hari ini yang terdiri daripada Brunei, Singapura dan Laos sempena 16th ASEAN Air Chiefs Conference (AACC).

Persidangan yang berlangsung mulai 2 hingga 5 Sep 19 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam bertemakan 'Elevating ASEAN Solidarity Through Practical Cooperation'. Kesemua Panglima Tentera Udara negara ASEAN hadir bagi mengeratkan lagi kerjasama dan persefahaman di kalangan ahli.

Persidangan ini akan dirasmikan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mej Jen Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, esok dan dihadiri oleh Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brig Jen (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat selaku penganjur AACC pada tahun ini.