Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 12 at 23.58.43WhatsApp Image 2019 09 12 at 23.58.44WhatsApp Image 2019 09 12 at 23.58.46 1WhatsApp Image 2019 09 12 at 23.58.46WhatsApp Image 2019 09 12 at 23.58.48WhatsApp Image 2019 09 12 at 23.58.51

PUTRAJAYA, 12 Sep 19 - Majlis Malam Anugerah MAKSAK yang diadakan secara tahunan ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf 18 ahli Badan Gabungan MAKSAK Malaysia di atas komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program-program MAKSAK sepanjang tahun 2018.

Selain itu, majlis ini juga meraikan kejayaan atlet-atlet Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan sama ada di peringkat kejohanan MAKSAK, kebangsaan dan juga antarabangsa.

Majlis yang diadakan di Dewan Puspanitapuri turut menyaksikan atlet sepak takraw TUDM, LU I Muhammad Afifuddin Mohd Razali menerima Skim Insentif Sukan MAKSAK 2018.

Anugerah telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Ismail bin Hj Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia. Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM merangkap Yang Dipertua MSAT ATM.

Tahniah kepada penerima-penerima anugerah MAKSAK Malaysia bagi tahun 2018