Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 13 at 16.20.25 1WhatsApp Image 2019 09 13 at 16.20.25WhatsApp Image 2019 09 13 at 16.20.26 1WhatsApp Image 2019 09 13 at 16.20.26 2WhatsApp Image 2019 09 13 at 16.20.26

KUANTAN, 13 Sep 19 – ‘Air Defence Simulation Excercise’ (ADSIMEX) Siri 2/19 telah diadakan dari 9 Sep hingga 13 Sep 19 di CRC Kuantan, Skn 320 yang dirasmikan oleh Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM.

Selain dari CRC Kuantan, eksesais ini turut melibatkan POPU 1 dan CRC Kota Samarahan bertujuan untuk menguji tahap kesiagaan dan kompentesi para pegawai serta anggota tred Kawal & Lapor dalam menangani senario serangan udara. Senario pengoperasian Combat Search and Rescue (CSAR) turut diuji di dalam ADSIMEX kali ini.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM turut mengadakan lawatan ke CRC Kuantan bagi menyaksikan secara dekat perjalanan ADSIMEX ini.

Beliau juga telah merasmikan upacara penutup ADSIMEX Siri 2/19 pada 13 Sep 19. Turut hadir Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Zahani bin Zainal Abidin TUDM dan Brig Jen Dato’ Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM selaku Tred Master Kawal & Lapor.