Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 18 at 21.28.46WhatsApp Image 2019 09 18 at 21.29.37WhatsApp Image 2019 09 18 at 21.29.52WhatsApp Image 2019 09 18 at 21.29.56 1WhatsApp Image 2019 09 18 at 21.30.24

KUALA LUMPUR, 18 Sep 19 – Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Majlis Negara. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada jam 7.10 malam telah disambut oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Majlis seterusnya dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Imam Besar Negara. Al-Sultan Abdulllah dan Tuanku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat Isyak sebelum meluangkan masa bersalaman dengan para Jemaah seterusnya berangkat meninggalkan majlis pada jam 9 malam.

Turut hadir ke majlis ini Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj bin Buang TUDM, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta wakil dari agensi-agensi Kerajaan.