Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 26 at 16.38.04WhatsApp Image 2019 09 26 at 16.38.05 1WhatsApp Image 2019 09 26 at 16.38.05WhatsApp Image 2019 09 26 at 16.38.06 2WhatsApp Image 2019 09 26 at 16.38.06WhatsApp Image 2019 09 26 at 16.38.07

SUBANG, 26 Sep 19 – Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 51 bagi tahun 2019 melabuhkan tirainya hari ini setelah berlangsung mulai 26 Ogos lepas. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan penyampaian sijil di Dewan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Sebagai pemangkin semangat kepada 58 peserta kursus, sudah pastinya Anugerah Penuntut Terbaik merupakan kejayaan yang ingin dikecapi. Dengan mendapat Gred A2, F/Sjn Mohd Syarizan bin Harun dari MAWILUD 1 telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut. Anugerah Penuntut Terbaik menerima Sijil Penghargaan Panglima Tentera Udara, Plaka Pelatih Terbaik daripada INSTAR serta Cenderahati Khas daripada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Turut hadir di majlis ini Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM serta Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM.