Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

71231014 2524632750957689 7187465647725477888 n71498794 2524632207624410 2790811663803088896 n71243605 2524632230957741 9098262603049730048 n71243605 2524632230957741 9098262603049730048 n71383414 2524632450957719 5510341357417267200 n71386957 2524632217624409 4578684580646617088 n

KUALA LUMPUR, 1 Okt 19 - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Allalah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Beradat sempena memuliakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Majlis yang dihoskan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu; Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM beserta pasangan.