Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0039DSC 1781DSC 7486

SUBANG, 25 Sep 19 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja telah berkenan berangkat ke Institut Perubatan Penerbangan (IPP) di Pangkalan Udara Subang. Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh Panglima Tentera Darat, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi pada jam 0930 pagi.

DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin seterusnya menandatangani 'plate' lawatan dan kemudian diberi sembah taklimat berkenaan IPP TUDM dan Keupayaan Pesawat A400M. Selesai taklimat, baginda berkenan melihat fasiliti serta teknologi yang digunakan di IPP tersebut.

Majlis diteruskan dengan demonstrasi 'ejection seat' yang dilakukan oleh juruterbang dari No 11 Skn, Mej Mohd Jamil bin Awang TUDM. Baginda kemudiannya dibawa melawat ke 'Altitude Hypobaric Chamber' seterusnya berangkat melihat Pusat Penyelidikan Latihan Simulator G (PULLS-G) dan High Performance Human Centrifuge (ATFS 400).

Sebelum keberangkatan pulang, baginda berkenan melihat demonstrasi konfigurasi 'Aeromedical Evacuation' di dalam pesawat A400M. Turut hadir di majlis ini adalah Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan serta pengawai-pegawai kanan ATM.