Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 20 at 16.05.17WhatsApp Image 2019 09 20 at 16.05.15

PUTRAJAYA, 20 Sep 2019 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin hadir ke Majlis Perasmian Kursus Ketahanan Nasional Siri 2020, Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Siri 40/2020 serta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 49/2020 iaitu kursus pertama yang mula dilaksanakan di Kompleks Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada pagi ini.

PUSPAHANAS merupakan sebuah pusat pengajian ATM yang dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan kondusif dengan menempatkan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dengan secara berperingkat melalui proses pemindahan operasi dari Jalan Padang Tembak ke Putrajaya. Infrastruktur.yang telah siap dibina sepenuhnya di Presint 1 berkeluasan 40.99 ekar menyediakan ruang pejabat yang moden, bilik kuliah dan pengajaran yang lebih efisien untuk sesi pembelajaran para penuntut.

Perasmian kursus buat pertama kalinya di kompleks ini melibatkan penuntut bagi Kursus Staf dan Pemerintahan Malaysia Siri 49/2020 seramai 165 orang. Kursus ini dihadiri oleh pegawai ATM dan pegawai tentera luar negara yang berpangkat Mej dan Lt Kol. Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Siri 40/2020 pula dihadiri seramai 41 orang pegawai-pegawai kanan ATM, Awam, PDRM dan pegawai tentera luar negara yang berpangkat Lt Kol ke atas.

Majlis pada hari ini juga menyaksikan acara menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk pelaksanaan program Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (MKN). Maktab ini menyediakan kursus berkaitan perkaraperkara strategik dan pertahanan nasional kepada pegawai ATM yang berpangkat Kolonel dan Brigadier Jeneral. Kursus Ketahanan Nasional 2020 melibatkan seramai 20 orang pegawai kanan dari perkhidmatan darat, laut dan udara sebagai 'pioneer' di maktab ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Hasagaya bin Abdullah mewakili Panglima Tentera Darat; Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM, para jemputan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan pegawai-pegawai kanan ATM.