Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1

KUALA LUMPUR, 20 Sep 19 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli menunaikan Solat Jumaat dan Khutbah Khas Sempena Hari Pahlawan 2019 bertempat di Surau Utama, Istana Negara.

Khutbah yang disampaikan bertajuk ‘Pahlawan : Pengorbanan Yang Tiada Galang Ganti’ memberi kesedaran kepada jemaah akan akan pengorbanan dan perjuangan golongan perajurit yang tiada galang gantinya demi memastikan negara bebas daripada penjajah dan ancaman musuh. Meskipun sebahagian besar daripada kita tidak merasakan zaman penjajahan dan darurat sebelum ini, kesiagaan anggota keselamatan yang sedia berkhidmat menjaga keamanan di darat, udara dan perairan negara, harus terus dikenang dan disanjung sampai bila-bila.

Selain itu, khutbah turut menyeru jemaah, dalam menyambut hari pahlawan agar ianya menjadi lebih bermakna sewajarnya masyarakat umum memberi pengiktirafan selayaknya kepada barisan pahlawan negara.

Turut hadir Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.