Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 09 19 at 23.34.46 1

KUALA LUMPUR, 19 Sep 19 - Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2019 bertempat di Wisma Perwira ATM yang dirasmikan oleh Penaung Kempen Tabung Pahlawan 2019, YABhg Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kempen Tabung Pahlawan yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Pahlawan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat di atas pengorbanan pahlawan dan jasa bakti mereka terhadap tanah air serta memupuk semangat patriotik dan cintakan negara terutama dikalangan belia.

Sumbangan kepada Tabung Pahlawan akan disalurkan untuk bantuan kebajikan kepada Veteran dan ahli keluarga secara menyeluruh merangkumi Veteran Kelainan Upaya (VKU), balu dan anak-anak dalam kategori OKU dan bantuan kepada veteren yang memerlukan.

Turut hadir Menteri Pertahanan YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.