Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4329DSC 4333DSC 4378DSC 4457DSC 4483DSC 9115

GONG KEDAK, 5 Okt 19 - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah bersama rombongan telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Pangkalan Udara Gong Kedak dan disambut oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi.

Dalam rangka lawatan tersebut, Pengerusi JTBU telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang mempunyai anak menghidap sakit kronik dari kalangan anggota warga Pangkalan dan juga penyampaian sumbangan kepada keluarga Asnaf.

Selain itu juga sumbangan ikhlas dari Pengerusi JTBU berupa peti ais turut diberikan bagi kemudahan dan kegunaan di Rumah BAKAT Pangkalan. Program rasmi ini juga diisi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan nasyid BAKAT Pangkalan, pemeriksaan buku laporan AJK, pameran kraftangan serta sesi bergambar bersama Ahli.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara juga mengadakan sesi dialog bersama Ahli BAKAT Pangkalan bagi membincangkan permasalahan dan penambahbaikan produk yang dihasilkan oleh ahli.