Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3940DSC 4001DSC 4149DSC 4258DSC 4266DSC 8667

GONG KEDAK, 5 Okt 19 – Jemaah Tertinggi Bakat Udara (JTBU) telah menganjurkan Kursus Pengenalan Asuhan Bayi dan Kanak-kanak peringkat Zon Timur yang diadakan di Dewan Puteri, Pangkalan Udara Gong Kedak.

Seramai 80 orang peserta terdiri daripada ahli BAKAT sebagai Pengasuh Bayi dan Kanak-kanak dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Kuantan dan Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT).

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada isteri anggota mengenai asas-asas dan cara penjagaan Bayi dan kanak-kanak supaya dapat menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya dalam membantu suami menjana pendapatan keluarga.

Turut hadir Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah yang berkenan merasmikan penutup dan penyampaian sijil kepada peserta.