Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8353DSC 8430DSC 8437DSC 8465DSC 8512DSC 8581

KOTA BHARU, 5 Okt 19 - Ketibaan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah telah disambut YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Almarhum Sultan Ismail Petra, Komander Pangkalan Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM, Pengerusi BAKAT PU Gong Kedak, Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi, Pegawai Laksana Pangkalan dan isteri serta Pegawai-pegawai Pangkalan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

Pengerusi JTBU diiringi YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Almarhum Sultan Ismail Petra menziarahi Makam DiRaja Langgar untuk bacaan tahlil ringkas ke atas kemangkatan Ayahanda Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Seterusnya beliau turut ke Istana Mahkota bagi majlis penghadapan ke atas YAM Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.