TERENDAK, 3 Okt 19 – BAKAT ATM telah menganjurkan pertandingan badminton yang melibatkan penyertaan daripada BAKAT perkhidmatan bertempat di Dewan Serbaguna 3 Divisyen, Kem Terendak, Melaka hari ini.
Dalam pertandingan ini menyaksikan BAKAT Udara berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori Novelti dan tempat kedua keseluruhan. Pertandingan yang dianjurkan ini adalah salah satu inisiatif BAKAT ATM untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli disamping mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Turut hadir memberi sokongan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Datin Seri Hjh Rusnah bt Hj Abdul Rahman dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah serta pengerusi-pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT yang lain.