Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1

BUTTERWORTH, 1 Okt 19 - Eksesais gabungan dari lima negara FPDA (Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom), BERSAMA LIMA 19 akan memberi tumpuan kepada peperangan konvensional bagi melatih anggota tentera negara FPDA dalam melaksanakan operasi gabungan dalam mempertahankan Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Selain itu, ianya secara tidak langsung dapat mempertingkatkan tahap profesionalisme dan memperkukuhkan lagi hubungan antarabangsa negara yang terlibat.

Eks BERSAMA LIMA 19 yang berkonsepkan Counter-Terrorism (CT), Maritime Security (MARSEC) dan bantuan kemanusiaan berlangsung mulai 30 September hingga 17 Oktober 19.

Antara aset-aset TUDM yang akan terlibat menjayakan eksesais pada kali ini adalah pesawat Hawk, SU30MKM, B200T, A400M, C130H dan helikopter EC 725 AP.