Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

345

SUBANG, 1 Okt 19 – Seramai 216 pegawai dan anggota ATM dari pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) telah berlepas ke Lubnan menerusi Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 5.00 petang.

Pergerakan kumpulan pertama itu yang diketuai Komander Malbatt 850-7, Kolonel Khairul Anwar Soib akan melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama setahun bagi menggantikan MALBATT 850-6.

MALBATT 850-7 membabitkan keseluruhan 850 anggota tentera termasuk 30 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seorang pegawai kewangan Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata MALBATT 850-7 akan diaturgerakkan ke negara berkenaan secara empat peringkat iaitu 1, 8, 15 dan 27 Okt ini.

“Penglibatan mereka ini dalam melaksanakan misi di bawah panji-panji PBB merupakan pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang berterusan terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme ATM.

"Adalah menjadi tanggungjawab seluruh anggota MALBATT 850-7 untuk memastikan pengiktirafan ini terus terpelihara demi memartabatkan lagi maruah negara dan ATM di persada antarabangsa,” katanya pada majlis pemakaian Beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan itu di sini.

Turut hadir pada majlis ini adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama-sama Panglima Angkatan Tentera dan Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

TUDM mengucapkan selamat bertugas kepada semua peringkat pegawai & anggota Battalion MALBATT 850-7. Semoga akan terus menyemarakkan imej ATM khasnya dan Malaysia amnya di bumi Lubnan.