Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 678

KUALA LUMPUR, 30 Sep 19 – Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu hari ini telah mengadakan lawatan ke Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan. Dalam rangka lawatan di sini, beliau telah melakukan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Hadir sama semasa kunjungan berlangsung, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

Dalam rangka lawatan ini, YB Menteri Pertahanan diberi taklimat Halatuju Strategik TUDM yang diadakan di Bilik Mesyuarat Rajawali.