Kemaskini Terakhir: Ahad,20 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

71679008 2536932199727744 1808107864984649728 n71820638 2536958963058401 5173945783489134592 n71829677 2536932213061076 3782276495825698816 n71829677 2536932213061076 3782276495825698816 n71925935 2536932383061059 4594537708663078912 n73124914 2536932219727742 8012289665673461760 n

PUTRAJAYA, 8 Okt 19 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Mendahului senarai penerima bagi sesi pertama pada hari ini adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Ahmad Nawawi yang dikurniakan Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT).

71686623 2537413163012981 34629788731703296 n71827019 2537412863013011 526723510597320704 n71794932 2536958973058400 1975309326910226432 n

Seri Paduka Baginda yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi ATM turut berkenan mengurniakan darjah PGAT Kehormat kepada dua penerima dari negara asing. Mereka terdiri daripada Panglima Angkatan Tentera New Zealand, Air Marshal Kevin Short dan Panglima Angkatan Tentera Thailand, General Pornpipat Benyasri.

Dalam istiadat tersebut, SPB YDP Agong turut mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) kepada pegawai dan anggota ATM.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Malaysia; YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM.