Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

73399769 2566887876732176 5532365391365406720 n74503147 2566887833398847 5738430212761190400 n74694884 2566888760065421 4358707213422821376 n

KUALA LUMPUR, 21 Okt 2019 - Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2019 yang diadakan di Wisma Perwira ATM malam tadi bertujuan meraikan dan menghargai penyumbang dana sejak pelancaran kempen pada Ogos lalu.

Setakat ini, jumlah kutipan berjaya melebihi sasaran iaitu sebanyak RM9,196,379.15 dan diharapkan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Antara penyumbang terbesar ialah ADAP 4orty Global Sdn Bhd yang menyumbang RM1 juta dan tajaan RM400,000, diikuti dengan Yayasan Al-Bukhary, dan Weststar Group yang masing-masing menyumbang wang tunai sebanyak RM1 juta.

73051441 2566888313398799 5755170036775911424 n73497798 2566888503398780 2622347971118759936 n72758206 2566888586732105 3448265672423899136 n

Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang menunjukkan keprihatinan di atas pengorbanan pahlawan-pahlawan negara.

“Pelbagai insiatif telah dijalankan antaranya ialah beberapa promosi yang dilaksanakan melalui pelbagai platform untuk menguar-uarkan kepada segenap pelusuk negara. Ia termasuk kepada mengadakan program seperti semarak kasih veteran: Food for Gelandangan, Kempen Derma Darah dan juga beberapa siri ‘flash mob’ di sekitar kawasan Kuala Lumpur”, Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu ketika berucap di majlis tersebut.

73472701 2566888270065470 1509542620697722880 n74234783 2566887890065508 2658097470709432320 n74692551 2566888000065497 7892861794996191232 n

Dana tabung pahlawan ini akan dimanfaatkan untuk tujuan bantuan kebajikan kepada Veteran ATM dan ahli keluarga secara menyeluruh merangkumi Veteran Kelainan Upaya (VKU), bantuan kepada balu dan anak-anak veteran dalam kategori OKU, memberi bantuan kepada veteran yang terlibat dalam musibah dan bencana alam, bantuan ehsan bagi veteran dan balu veteran yang dalam keadaan daif, bantuan kepada asnaf veteran ATM, bantuan perubatan dan bantuan pendidikan anak Veteran ATM yang memerlukan.

74701508 2566888120065485 1207099218511003648 n75252897 2566888106732153 6646290083278225408 n75453447 2566888706732093 5849858925892993024 n

Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah selaku Penaung Tabung Pahlawan, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pengurusan Tertinggi MinDef, Pegawai Kanan Awam & tentera serta warga veteran.