Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.42WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.43 1WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.43 2WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.43WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.44 1

ALOR SETAR, 30 Okt 19 – 41 tahun perkhidmatan di dalam TUDM, hari ini Mej Jen Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM telah diraikan dalam upacara perbarisan penghargaan sempena persaraan beliau di Kolej Tentera Udara pagi tadi.

Perbarisan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada Mej Jen Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM diraikan penuh gemilang.

WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.44WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.45 1WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.45 2WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.45 3WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.45

Perbarisan ini terdiri daripada 12 pegawai dan 184 anggota lain-lain pangkat diketuai Mej Noremazuan bin Nordin TUDM turut diiringi Pancaragam Kolej Tentera Udara, pimpinan Mej Mohd Sobri bin Mohd Isa TUDM.

“Kemakmuran negara bukan hanya terletak kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata, ianya juga bergantung kepada kekuatan pertahanan negara demi menentukan keamanan dan kestabilan Negara”, ucap Mej Jen Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM kepada hadirin yang hadir.

WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.46 1WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.46 2WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.46 3WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.46WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.47 1

“Saya berharap warga TUDM akan terus berusaha meningkatkan tahap profesionalisma, meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan jujur dan ikhlas demi keunggulan, kegemilangan dan kecemerlangan TUDM, bagi menentukan ruang udara kita sentiasa terpelihara”.

Di akhir acara, Mej Jen Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM bersama isteri, Datin Hasnah binti Andik dibawa berarak menggunakan kenderaan istiadat di Dewan Aeroangkasa hingga ke Markas Pangkalan yang diiringi oleh pegawai-pegawai dan anggota TUDM. Turut hadir di perbarisan penghargaan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta isteri, Datin Sri Dato’ Noraini binti Shahar Alam.

WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.47 2WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.47WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.48 1WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.48 2WhatsApp Image 2019 10 30 at 11.56.48

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Mej Jen Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM. Jasamu dikenang!