Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

AZM 2780AZM 2817AZM 2878AZM 2899AZM 2950AZM 2977

KUALA LUMPUR, 30 Okt 19 - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan salah satu aktiviti tahunan ATM bagi mempertingkatkan lagi mutu bacaaan Al-Quran di samping untuk meninggikan syiar Islam di kalangan warga tentera. Objektif tilawah ini adalah untuk memartabatkan ketinggian ilmu dan kemuliaan Al-Quran dalam melahirkan anggota tentera yang bertaqwa, berakhlak mulia dan mampu menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pegawai, Qari dan Qariah serta Kategori Saudara Muslim yang terdiri daripada Pegawai atau anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Lelaki (Qari) dan Wanita (Qariah). Majlis menyaksikan seramai 15 orang peserta menyertai tilawah ini iaitu tiga Pegawai, tiga Qari dan tiga Qariah manakala bagi kategori Saudara Muslim disertai oleh enam peserta iaitu tiga Qari dan tiga Qariah. Bagi tilawah ini, penghakiman akan dinilai dari aspek tajwid, taranum, suara dan fasohah.

Johan Keseluruhan Tilawah Al-Quran pada tahun ini telah dinobatkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Johan keseluruhan membawa pulang Piala Pusingan manakala pemenang setiap kategori membawa pulang Piala Pusingan serta Hadiah Wang Tunai RM 5,000.00 dan pakej penerbangan menunaikan Umrah ke Mekah. Bagi kategori Saudara Muslim, Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.00.

Penyampaian hadiah dan penutup majlis telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin. Turut hadir pada majlis ini ialah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta warga ATM.