Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

012

LUMUT, 31 Okt 19 – Latihan berskala besar yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM (Darat, Laut dan Udara), Eksesais Pahlawan 16/2019 telah dirasmikan pembukaannya hari ini oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany mewakili Panglima Angkatan Tentera di Auditorium Venus, KD SULTAN Idris 1, Pangkalan TLDM, Lumut.

345

Objektif eksesais ini diadakan bertujuan untuk menilai keupayaan dan kecekapan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan Markas Angkatan Bersama di dalam melaksanakan tugasan operasi yang dipertanggungjawabkan.

Eksesais Pahlawan edisi ke-16 ini dilaksanakan secara Latihan Pos Perintah (Command Post Exercise - CPX) dan Latihan Medan (Field Training Exercise - FTX) melibatkan aset darat, laut, udara dengan penyertaan seramai 2314 pegawai dan anggota.

678

Lokasi eksesais bagi Latihan Pos Perintah (CPX) dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut manakala Latihan Medan (FTX) yang melibatkan atur gerak terup dan komponen akan dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Lumut dan Setiawan, Perak.

91011

Eksesais yang berkonsepkan Peperangan Konvensional (Conventional Warfare) ini akan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti atur gerak aset TLDM dan TUDM dalam keselamatan maritim di Selat Melaka dan Laut China Selatan; atur gerak elemen Tentera Darat dibantu oleh TUDM, aturgerak Joint Special Force Operation Command (JSFOC); pelaksanaan Information Operation (IO) oleh Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan komunikasi di bawah Markas ATM – KOMLEK; menguji semua sistem dan peralatan komunikasi dalam perkhidmatan; tembakan Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) di Tanjung Hantu, Perak; dan Pusat Operasi Pertahanan (POP) yang akan berperanan sebagai Pusat Operasi dan Pemerintahan atasan.

Turut hadir di majlis perasmian adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM mewakili Panglima Tentera Udara serta pegawai-pegawai kanan ATM.