Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

76644599 2591041694316794 5902563367230373888 n75627338 2591041964316767 3239553540561043456 n75540061 2591042017650095 3511791910928777216 n

KUALA LUMPUR, 2 Nov 19 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah menyempurnakan acara kemuncak sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Kementerian Pertahanan di Padang Kawad Kem KEMENTAH, pagi tadi.

74577641 2591041740983456 5157575992381800448 n74217306 2591042444316719 8107653414411829248 n74496668 2591042770983353 8619210283090444288 n

Kementerian Pertahanan melalui program ini telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Oktober yang disertai oleh semua warga Kementerian dan agensi-agensi serta bahagian di bawah naungannya termasuk ahli keluarga. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah KAKEP Amazing Race Challenge 2019, Kejohanan Boling Piala KSU Kementerian Pertahanan, Zumba Hey Hey dan e- Sukan manakala untuk aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah senamrobik, Fun Walk dan Fun Run.

73323540 2591043177649979 5956954987685740544 n74649816 2591043054316658 2182659361434763264 n73230972 2591043300983300 6696190602461052928 n

Pihak KAKEP dan PUSPANITA Kementerian Pertahanan juga telah mengambil inisiatif bagi memeriahkan lagi program dengan aktiviti sukaneka kanak-kanak dan cabutan bertuah bagi warga Kementerian. Program turut diserikan lagi dengan kehadiran atlet-atlet ATM yang terlibat dengan Sukan Komanwel 2018 dan Sukan SEA 2017. Lebih daripada 1000 orang warga Kementerian Pertahanan terlibat menjayakan program ini.

Hadir sama diprogram ini adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj AB Wahab TUDM ; Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan TUDM serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.