Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

SUBANG, 5 Nov 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 52/19 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

456

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM; Pegawai Laksana PU Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawawi TUDM; Pegawai-pegawai Kanan dari MTU, Pegawai Memerintah INSTAR, pegawai-pegawai serta para jurulatih INSTAR.

789

Kursus yang bermula pada 7 Okt 19 ini dihadiri seramai 55 orang penuntut (49 penuntut lelaki dan 6 penuntut wanita) berpangkat FSjn terdiri daripada pelbagai ketukangan dalam TUDM. Dalam kursus ini menyaksikan F/Sjn Mior Zakaria bin Nordin dari unit PUSPEKA telah dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik.

Tahniah kepada semua penuntut kerana menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga kursus yang dihadiri ini dapat memberikan manfaat untuk menjadi pemimpin yang berkaliber di masa hadapan.