Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 6 Nov 19 – 15 Pegawai Tentera Udara Filipina yang mengikuti Program Pertukaran Pegawai telah memulakan sesi lawatan dengan membuat kunjungan ke Markas Tentera Udara hari ini.

Dalam rangka lawatan, para delegasi telah membuat kunjungan hormat kepada Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi, Brig Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta diberi taklimat mengenai organisasi dan peranan TUDM di Bilik Mesyuarat Rajawali.

456

Seterusnya, para delegasi di bawa ke Pangkalan Udara Subang bagi melihat sendiri fasiliti yang terdapat di Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator-G (PULL-G) dan melakukan pertemuan bersama Komander Pangkalan Udara Subang, Mej Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.

Program yang berlangsung sehingga 10 Nov 19 ini turut melibatkan 10 orang Pegawai TUDM ke Filipina yang diketuai oleh Lt Kol Kamarulzaman bin Mohd Khamis TUDM.