Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

BUTTERWORTH, 8 Nov 19 - Eksesais Para Drop Air Defence, Insertion, Strike, Search & Rescue and Extration (PARADISE) Siri 6/2019 yang berakhir di Pangkalan Udara Butterworh, berjaya mencapai objektif latihan ditetapkan.

Eksesais Paradise telah berlangsung selama 2 minggu sejak 27 Okt lepas dan ianya merupakan eksesais TUDM berskala besar yang turut melibatkan aset-aset Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Eksesais siri ini merupakan eksesais kali kedua yang diadakan di Semenanjung Malaysia dengan penglibatan seramai 556 pegawai dan anggota lain-lain pangkat meliputi 470 dari TUDM, 159 dari TDM dan 27 dari TLDM.

456783c39a11d 48e3 4f5a ae1a 91d39286de71

Antara objektif ditetapkan dalam eksesais ini ialah meningkatkan tahap saling kendali dalam menjalankan operasi membabitkan angkatan besar, menilai kesediaan pertempuran, kemahiran serta kecekapan pegawai & anggota dan untuk menilai tahap keberkesanan peralatan, sistem serta persenjataan TUDM.

Antara latihan yang dilaksanakan adalah Latihan Tembakan Udara ke Permukaan, Air to Air Refueling, Force Down Procedure, Mass Drop dan Special Operation Troop Insertion.

9ab7f1e9 296e 45df 9dfd 0480c8d5e363af4e6ee0 2d46 459a 96ee f0e9e260b2fbdcfb1039 bb56 458d 9e49 ed1f781971e3

Sebanyak empat buah pangkalan udara terlibat secara langsung iaitu Pangkalan Udara Butterworth sebagai pangkalan utama, Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Kuantan dan Pangkalan Udara Subang. Dalam eksesais ini Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brig Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM bertindak sebagai Pengarah Eksesais Paradise bagi Siri 6/2019.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir bagi menyempurnakan majlis penutup eksesais ini yang diadakan di Auditorium No 18 Skuadron. Turut hadir Panglima Operasi Udara,Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.