Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123456789101112131415161718

 

KUALA LUMPUR, 11 Nov 19 - Commander-in-Chief Royal Thai Air Force (RTAF), Air Chief Marshal Maanat Wongwat telah mengadakan kunjungan hormat ke Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan hari ini bersempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia mulai 10 hingga 11 Nov 19.

Dalam rangka lawatan tersebut, Air Chief Marshal Maanat Wongwat telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad Sabu serta Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan upacara pemakaian sayap penerbangan kehormat kepada Commander-in-Chief Royal Thai Air Force (RTAF), Air Chief Marshal Maanat Wongwat sebagai simbolik penghargaan dan mengiktiraf kerjasama dua hala yang telah dipamerkan oleh beliau sepanjang menjadi pemerintah tertinggi RTAF.

Sebelum itu, satu upacara menandatangani dokumen penyerahan 770 item alat ganti pesawat Northrop F5E Tiger II kepada RTAF telah dilaksanakan melibatkan kedua-dua pemimpin tertinggi TUDM dan RTAF.

Lawatan kerja ini sekaligus mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang telah wujud sekian lama khususnya antara TUDM dan RTAF.

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut penuh istiadat ketenteraan dengan perbarisan dari Pasukan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama TUDM dan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM.