Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345 

 

KOTA BHARU, 11 Nov 19 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abd Samad TUDM dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (D.P.K.K) di Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Darul Naim bersempena Perayaan Ulang Tahun ke-50 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan hari ini.

Lt Kol Nik Ahmad Nazri bin Nik Yaacob TUDM pula dianugerahkan penerima pingat Bentara Setia Mahkota Kelantan (B.S.K).

Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Dato’ Sri atas pengurniaan tersebut.