Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Penubuhan Rejimen TUDM bermula dalam tahun 1980 selepas satu kejadian serangan oleh anasir pengganas komunis ke atas Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada lewat 1979. Rejimen TUDM merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan keupayaan TUDM dalam operasi udara.

Rejimen TUDM terdiri daripada anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) menjalankan peranan dalam penugasan CSAR dan Penyelamat Perairan (Maritime Para Rescue), tugas membantu pesawat pejuang melaksanakan serangan udara terhadap sasaran musuh dengan melakukan penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (Ground Laser Target Designator - GLTD).

Peranan Rejimen TUDM juga merangkumi kemampuan melumpuhkan aset penting dan pertahanan udara pihak musuh (sabotaj). Selain dari itu, peranan Rejimen TUDM ialah untuk melaksanakan tugasan menyelamat tebusan di dalam pesawat jika sesebuah pesawat TUDM atau awam yang dirampas oleh pengganas.

Secara amnya sumbangan Rejimen TUDM ini semenjak ditubuhkan telah membuktikan kepada semua bahawa keupayaan dan juga komitmen Rejimen TUDM di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Rejimen TUDM adalah sebuah pasukan elit yang sentiasa siap sedia menjalankan misi dan tugas yang diarahkan tidak kira masa, tempat dan bahaya yang mengundang sejajar dengan kosep pasukan elit dengan motonya “Cepat Senyap Pasti”. Sumbangan bagi pasukan ini adalah tepat diberikan penghargaan dan dengan itu Rejimen TUDM adalah di sokong untuk penganugerahan Panji-panji Rejimen.