Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1233a4

KUALA LUMPUR, 22 Nov 19 – Kontinjen TUDM yang terdiri daripada 31 pegawai dan 70 anggota LLP telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ATM yang bermula dari Padang Kawad Kem Kementah hingga ke Dataran Masjid Khalid Al-Walid, kira-kira jam 8.45 pagi tadi. Turut serta dalam perarakan ini juga adalah kontinjen dari Markas ATM, Tentera Darat dan Tentera Laut.

56789

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ATM dilaksanakan selama 3 hari mulai 21 hingga 23 Nov 19 melalui penganjuran Karnival Rahmah yang telah dibuka sejak semalam dan akan berakhir pada 12.30 tengahari, esok.

101112

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin. Turut hadir Panglima Pemerintahan Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Mohammad bin Hj Osman TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara.