Kemaskini Terakhir: Jumaat,13 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

BUTTERWORTH, 29 Nov 19 - Pangkalan Udara Butterworth menjadi lokasi terakhir bagi penganjuran '10KM RMAF Challenge' bagi tahun 2019 setelah ianya mula diperkenalkan pada 4 Mei 19 lalu yang pada ketika itu hanya melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat Lt Kol setaraf dan ke atas.

Kemudiannya, aktiviti berkonsepkan larian sejauh 10KM bermasa (mengikut kelompok umur) ini diperluaskan ke peringkat Markas/Pangkalan/Unit yang diwajibkan kepada semua pegawai dan anggota TUDM.

678911

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM berkata, beliau mahukan aktiviti larian 10KM diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan setiap pegawai dan anggota sentiasa cergas disamping membantu mendapatkan 'Body Mass Index' (BMI) yang unggul.

121314151617

Terdahulu, aktiviti kecergasan ini dimulakan dengan senamrobik bersama tenaga pengajar jemputan di bawah kelolalaan jurulatih jasmani TUDM sebelum pelepasan peserta disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara yang turut serta dalam acara larian ini.

10

Turut berlangsung adalah acara larian '5 KM Fun Run' yang terbuka kepada ahli BAKAT Udara dan kanak-kanak.