Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

SUBANG, 3 Dis 19 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Udara (BAKAT Udara) merupakan satu organisasi yang bertujuan menjaga kebajikan keluarga anggota-anggota TUDM tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti kebajikan BAKAT Udara ini agak terbatas dan adakala tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat diluar pangkalan akibat kekangan kewangan.

Pada tahun 2010, pucuk pimpinan BAKAT Udara telah merealisasikan sebuah inspirasi dengan mewujudkan tempat pengumpulan dan penjualan barangan terpakai dikenali sebagai “preloved items” yang dinamakan Amal Shoppe bertempat di Pangkalan Udara Subang. Amal Shoppe ini telah dijadikan platform yang diiktiraf untuk menjana kewangan bagi kegunaan aktiviti kebajikan dan amal bukan hanya untuk ahli-ahli BAKAT bahkan juga kepada masyarakat setempat.

678910

Kini, melalui inspirasi daripada Pengerusi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, setiap pangkalan telah menghasilkan pelbagai jenis produk. Dengan itu, ahli-ahli BAKAT terus melangkah ke hadapan dengan mencebur diri ke bidang keusahawanan yang kini mampu menghasilkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berkualiti. Produk yang dihasilkan adalah produk-produk makanan dan barangan kraftangan. Dengan penghasilan produk-produk ini, tercetuslah Industri BAKAT Udara (IBU) yang bertindak sebagai naungan kepada semua produk-produk IKS.

Setelah inpirasi menjadi realiti, dan bertambahnya produk-produk IKS keluaran setiap pangkalan, kini Amal Shoppe telah berpindah ke premis baru yang mempunyai ruangan yang teratur dan selesa di Pangkalan Udara Subang. Dengan fasiliti baru ini menjadikan Amal Shoppe sebagai “One-Stop-Centre” atau “hub” pemasaran kepada produk-produk IKS dari pangkalan-pangkalan lain disamping menjalankan aktiviti jualan asalnya iaitu barangan “preloved”.

1112131415

Oleh kerana peranan Amal Shoppe semakin meluas, ia kini dikenali sebagai AMAL SHOPPE BAKAT UDARA. Pengoperasian Amal Shoppe BAKAT Udara ini adalah setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi – jam 6 ptg, manakala pada hari Sabtu dari jam 10 pagi – 2 petang dengan tenaga kerja seramai 7 orang.

Amal Shoppe BAKAT Udara juga turut merancang untuk membuka cawangan-cawangan di pangkalan yang tumpuan seperti Pangkalan Udara Kuching, Pangkalan Udara Kuantan, Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Gong Kedak.

Perasmian Amal Shoppe BAKAT Udara ini telah disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Pertahanan Malaysia, YBhg Puan Hjh Normah binti Hj Alwi. Hadir sama dimajlis ini adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Hj Affendi Buang TUDM, Pengerusi BAKAT Laut, Pengerusi BAKAT Darat, Kerabat-kerabat Bergelar Pahang serta Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara.

Kepada yang ingin berurusan, sila hubungi di talian 03-78444500 sambungan 3089 atau email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Boleh layari media sosial Amal Shoppe BAKAT Udara seperti tertera di bawah.
FB: Amal Shoppe
IG: amalshoppe_bakatudara