Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 12 04 at 12.30.06WhatsApp Image 2019 12 04 at 12.30.18WhatsApp Image 2019 12 04 at 12.30.26WhatsApp Image 2019 12 04 at 12.30.27WhatsApp Image 2019 12 04 at 12.30.30

KUALA LUMPUR, 4 Dis 19 – Mej Abang Raduan bin Abang Madihi TUDM antara penerima anugerah kecemerlangan bagi Anugerah Komandan dengan Kertas Akademik yang telah dihasilkan bertajuk ‘The Impact Of Malaysian Armed Forces (MAF) Humanitarian Assistance Disaster Relief (HADR) To The International Relation In South East Asia (SEA)’ Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) yang dianjurkan oleh Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Kursus anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) ini adalah untuk melatih peserta menjawat jawatan sebagai Pemerintah dan Staf di dalam perkhidmatan bersama. Peserta didedahkan dengan strategi dan pertahanan untuk menganalisa, mentafsir, melaksanakan tugas sebagai Pegawai Memerintah serta berkemahiran menyelesaikan pelbagai masalah secara kritis dan kreatif.

Seramai 165 orang pegawai berjaya menamatkan pengajian ini dan para penuntut diiktiraf dengan Sijil ‘psc’ (Passed Staff College) serta Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan yang dibangunkan dengan kerjasama MTAT – UPNM.

Majlis Penyampaian Diploma KPSM 48/2019 disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu dan turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara yang mewakili Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain serta ahli keluarga peserta kursus.