Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

82026WhatsApp Image 2019 12 13 at 13.18.59WhatsApp Image 2019 12 13 at 13.19.54WhatsApp Image 2019 12 13 at 13.20.20

SUBANG, 13 Dis 19 - Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM yang memegang jawatan Komander Pangkalan Udara Subang sebelum ini telah diraikan di Majlis Istiadat Perbarisan Penghargaan sempena persaraan beliau di Pangkalan Udara Subang pagi tadi. Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan terdiri daripada 11 pegawai dan 136 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Mohamad Farid bin Mohamed Jelani TUDM, diiringi Pancaragam Pusat Pangkalan Udara Subang dibawah pimpinan Lt Muhamad Haniff bin Che Razak TUDM.

17

Di akhir acara, Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM bersama isteri, Datin Siti Norlela binti Alwi telah dibawa berarak menggunakan kenderaan istiadat iaitu upacara ‘Send-off’ yang diiringi oleh Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TUDM. Turut hadir di Perbarisan Persaraan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.