Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

SUBANG, 17 Dis 19 - Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM merupakan satu acara yang diadakan pada setiap tahun bagi menghargai prestasi setiap pegawai dan anggota TUDM yang telah mengharumkan imej TUDM samada di peringkat TUDM serta Negara. Majlis Anugerah TUDM diadakan bertujuan meningkatkan kecemerlangan dan motivasi warga TUDM.

Majlis yang penuh gemilang ini telah dimulakan dengan perbarisan statik melibatkan 202 anggota terdiri daripada 12 pegawai dan 190 anggota lain-lain pangkat. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah membuat pemeriksaan perbarisan diiringi Ketua Perbarisan, Mej Mohd Za’im bin Bongsu TUDM.

Kategori pemenang Anugerah Kecemerlangan TUDM 2019:

a. Airman of the Year.

b. Anugerah Terbang Selamat.

c. Best Quarters of the Year.

d. Training Institute of the Year

e. Squadron of the Year.

f. Best Base Award.

g. Anugerah Sukan TUDM.

h. Anugerah BAKAT Udara Terbaik.

AIRMAN OF THE YEAR

Anugerah ”Airman Of The Year” merupakan anugerah yang diberikan kepada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas harian dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tahap disiplin yang tinggi, patuh kepada arahan pihak atasan serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang salah laku merupakan kriteria utama kepada penerima anugerah berprestij ini.

Anugerah 'Airman Of The Year' terbahagi kepada 3 kategori iaitu :

a. Kategori Pegawai Waren Udara I/II.

b. Kategori F/Sjn Udara dan Sarjan Udara.

c. Kategori Koperal Udara ke bawah.

ANUGERAH TERBANG SELAMAT

Anugerah Terbang Selamat merupakan satu anugerah khusus kepada juruterbang sebagai pengiktirafan kepada keupayaan serta kemampuan mereka yang telah mempamerkan sikap profesional dan ‘airmanship’ yang baik dalam menerbangkan dan mengendalikan pesawat TUDM serta berketerampilan tinggi sebagai seorang pegawai TUDM.

Bagi melayakkan seseorang juruterbang itu untuk dicalonkan bagi menerima anugerah ini, mereka perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria yang perlu dipenuhi adalah, setiap juruterbang haruslah menyempurnakan sejumlah jam penerbangan sebagai komander sesebuah pesawat. Mereka juga perlu mempunyai rekod yang bersih tanpa mengalami sebarang kemalangan yang berpunca daripada kesilapan mereka sendiri (Aircrew Factor). Selain itu, mereka hendaklah tidak terlibat dengan sebarang kes-kes disiplin yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka sendiri.

Oleh yang sedemikian, penerima anugerah ini juga boleh dianggap sebagai ‘Role Model’ yang patut dicontohi oleh juruterbang generasi baru.

TRAINING INSTITUTE OF THE YEAR

Anugerah Training Institute Of The Year diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun ini sebagai satu penilaian prestasi ke atas semua Institusi Latihan di dalam TUDM. Ia bertujuan untuk menggalakkan persaingan sihat di antara institusi-institusi latihan ke arah melahirkan pegawai dan anggota TUDM yang berdedikasi dan berprestasi tinggi.

Penilaian Training Institute Of The Year dilaksanakan ke atas 11 Institusi Latihan dengan mengambil kira pemarkahan dari aspek pengurusan latihan dan pembangunan kurikulum. Pemarkahan juga mengambil kira inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Institusi Latihan dalam meningkatkan prestasi mereka.

SQUADRON OF THE YEAR

Anugerah 'Squadron Of The Year' merupakan suatu pengiktirafan yang formal kepada skuadron penerbangan TUDM yang berjaya menunjukkan keterampilan yang terbaik dalam pengurusan sumber di bawah kawalan dan telah menunjukkan pencapaian tahap kepimpinan berkualiti dan unggul.

Anugerah 'Squadron of The Year 2019' telah diadakan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

a. Menggalakkan persaingan sihat di antara skuadron-skuadron penerbangan TUDM ke arah amalan pengurusan yang berkualiti.

b. Perlaksanaan usaha-usaha pengukuran bagi mengenalpasti tahap pencapaian skuadron-skuadron penerbangan dalam semua pengurusan dan operasi.

c. Menggalakkan skuadron merencana strategi dan taktik peperangan udara yang berkualiti tinggi dan efektif ke arah misi penerbangan yang cemerlang.

d. Menggalakkan kesedaran tentang perancangan berkualiti gabungan modal insan dan peralatan sokongan ke arah pencapaian tugas operasi yang efektif dan selamat.

BEST QUARTERS OF THE YEAR

Anugerah 'Best Quarters of The Year 2019' adalah anugerah yang diadakan bertujuan mempertingkatkan kecemerlangan di dalam pengurusan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta memupuk semangat kerjasama di antara penghuni dan juga seluruh keluarga dalam mempertingkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Justeru satu pertandingan di antara RKAT di seluruh pangkalan-pangkalan TUDM telah diadakan selaras dengan aspirasi pucuk pimpinan tertinggi TUDM.

Antara objektif utama pertandingan ini adalah untuk menilai prestasi dan pencapaian RKAT anggota lain-lain pangkat (LLP) ke arah mewujudkan persekitaran RKAT LLP yang bersih dan kemas. Selain itu, ia juga bertujuan melonjakkan lagi kecemerlangan dalam pengurusan RKAT di kalangan penghuni RKAT dan memupuk semangat kerjasama penghuni serta keluarga blok/penempatan RKAT.

Sebanyak 12 buah pangkalan TUDM seluruh negara telah terlibat dalam pertandingan tersebut. Antara aspek-aspek yang dinilai bagi setiap RKAT adalah kepimpinan Ahli Jawatankuasa, kebersihan dan kesihatan, keceriaan dan keindahan serta kerohanian dan sivik.

BEST BASE AWARD 2019

Anugerah Pangkalan Terbaik (Best Base Award) merupakan kesinambungan daripada Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (Siaga PAT) peringkat TUDM yang lazimnya disampaikan semasa Hari Ulang Tahun ATM.

Pemilihan penerima anugerah ulung ini adalah berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pangkalan terbabit dalam aspek kesiagaan serta sebagai pengiktirafan secara formal di peringkat ATM kepada perkhidmatan.

ANUGERAH SUKAN TUDM

Anugerah Sukan adalah merupakan anugerah yang disampaikan kepada pasukan dan individu yang telah memperoleh kejayaan yang cemerlang di samping mengharumkan nama TUDM dalam pertandingan sukan antara perkhidmatan ATM 2019.

SUKANSUKAN 3SUKAN 2

Penerima-penerima Anugerah Sukan TUDM 2019 adalah berdasarkan kepada kategori sukan seperti berikut :

1. Johan :

(a) Petanque

(b) Ping Pong

(c) Kriket Lelaki

(d) Kriket Wanita

(e) Boling Padang

(f) Ten Pin Boling Pegawai

(g) Ten Pin Boling Wanita

(h) Payung Terjun

2. Naib Johan :

(a) Bola Tampar Pegawai Lelaki

(b) Bola Sepak

(c) Menembak Lelaki

(d) Badminton Pegawai Lelaki

(e) Sepak Takraw

(f) Ten Pin Bowling Lelaki

(g) Tinju

(h) Futsal

(i) Bola Keranjang

(j) Sukan Lasak

(k) Ragbi 15’s

(l) Ragbi 7’s

SENARAI NAMA PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH :

1. Anugerah Terbang Selamat.

TERBANG SELAMAT

a. Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang TUDM - No 5 Skuadron.

b. Mej Norlela bte Harun TUDM - No 20 Skuadron.

c. Mej Phanom a/l Achuan TUDM - No 22 Skuadron.

2. Squadron of The Year.

BEST SQN 1BEST SQN 2BEST SQN

a. No 22 Skuadron.

b. No 2 Skuadron.

c. No 6 Skuadron.

3. Top-5 Squadron :

a. No 2 Skuadron.

b. No 5 Skuadron.

c. No 6 Skuadron.

d. No 22 Skuadron.

e. No 14 Skuadron.

4. Airman of The Year :

AOTYAOTY FSJNAOTY KPL

a. Kategori Pegawai Waren Udara I/II - PW U II Iskandar Mirza bin Hussein.

b. Kategori F/Sjn Udara dan Sarjan Udara - FSjn Hong Kim Soon.

c. Kategori Koperal Udara ke bawah - Kpl U Abdul Jalil bin Saad.

5. Best Quarters of The Year :

BEST QUARTERSBEST QUARTERS 2

a. Johan - Pangkalan Udara Subang.

b. Naib Johan - Pangkalan Udara Gong Kedak.

c. Ketiga - Akademi Tentera Udara, Ipoh.

6. Training Institute Of The Year :

BEST INSTITUTEBEST INSTITUTE1

a. Johan - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP).

b. Naib Johan - Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT).

c. Ketiga - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR)

7. Best Base Award - Pangkalan Udara Kuantan.

BEST BASE

Pada majlis yang sama, Panglima Tentera Udara diiringi isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara turut menyampaikan Anugerah BAKAT Udara mengikut kategori seperti berikut:

BAKAT1BAKAT2BAKAT3

a. Anugerah BAKAT Udara Unit Terbaik - BAKAT Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP).

b. Anugerah BAKAT Udara Pangkalan Terbaik Malaysia Timur - BAKAT Pangkalan Udara Labuan.

c. Anugerah BAKAT Udara Pangkalan Terbaik Semenanjung Malaysia - BAKAT Pangkalan Udara Subang.

Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain