Kemaskini Terakhir: Ahad,12 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

KUALA LUMPUR, 19 Dis 19 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) siri 39/2019 di Dewan Trisakti, MPAT Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 9 orang Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah antara 42 orang pegawai ATM telah berjaya menamatkan Kursus MPAT siri 39/2019 yang bermula pada 15 Jan 19 lalu.

678910

Kursus MPAT siri 39/2019 ini merupakan kursus terakhir yang dilaksanakan di MPAT, Kuala Lumpur. Kurus seterusnya iaitu siri 40/2020 yang telah bermula pada 3 Sep 19 yang lalu telah dilaksanakan di lokasi baru iaitu di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.

Kesemua graduasi dari TUDM turut mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di pejabat beliau sebaik selesai Majlis Graduasi.

Panglima Tentera Udara turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai TUDM yang berjaya graduasi pada hari ini.