Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 resize6 resize9 resize10 resize

ALOR SETAR, 19 Dis 19 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Seri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kolej Tentera Udara (KTU).

Ketibaan beliau bersama rombongan di Pergerakan Udara telah disambut oleh Komandan KTU, Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM, serta Pegawai-pegawai Eksekutif Kolej.

Dalam rangka lawatan kerja beliau, satu taklimat ringkas telah diadakan berkenaan Kolej yang disampaikan oleh Ketua Cawang Kejuruteraan, Mej Lidum Anak Rabing TUDM dan beliau turut dibawa ke Hangar bagi melawat persekitaran Cawang Kejuruteraan serta melihat pesawat PC7 MK II.