Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

SUBANG, 23 Dis 19 - Pangkalan Udara Subang hari ini telah menyaksikan berlangsungnya Istiadat Perbarisan Penghargaan sempena persaraan Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM di 'Dispersal Area' Kejuruteraan, PU Subang.

Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

467

Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM telah mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 11 pegawai dan 136 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Ahmad Zikri bin Azhar TUDM diiringi Pancaragam Pusat dibawah pimpinan Lt Muhamad Haniff bin Che Razak TUDM.

Di akhir acara, Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM bersama isteri, Datin Sri Dato' Normah binti Mad Sap telah dibawa berarak menggunakan pesawat PC-7 Mk II iaitu upacara ‘Send-off’ yang diiringi oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM, pegawai-pegawai dan anggota TUDM.

Turut hadir di Perbarisan Persaraan ini adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta Panglima Pendidikan & Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

91011

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.