Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123

SUBANG, 3 Jan 2020 - Perbarisan serah terima jawatan Panglima Tentera Udara telah dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan bertempat di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Panglima Angkatan Tentera dan disusuli dengan upacara pemakaian pangkat ‘Jeneral TUDM’ kepada YBhg Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang telah dilaksanakan secara bersama oleh Panglima Angkatan Tentera dan Isteri Panglima Tentera Udara iaitu Datin Sri Dato’ Norainy binti Shahar Alam.

Seterusnya, upacara serah terima jawatan Panglima Tentera Udara di antara Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan YBhg Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah dilaksanakan di hadapan kontijen perbarisan dengan penuh tertib dan adat ketenteraan. Acara kemudiannya disusuli dengan penyerahan ‘tonggak kuasa’ sebagai simbolik serah kuasa yang menyaksikan secara rasminya YBhg Jeneral Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dilantik sebagai Panglima Tentera Udara ke-19.

456

Seramai 23 orang pegawai dan 420 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Leftenan Kolonel Nazlan Shah TUDM telah terlibat di dalam perbarisan yang bersejarah ini bagi menghargai dan meraikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-21.

Istiadat perbarisan ini juga turut melibatkan 3 buah pesawat helikopter TUDM jenis EC-725 AP bagi penugasan terbang lintas serta membuat formasi penerbangan di akhir istiadat perbarisan semasa tabik hormat yang diterima oleh Panglima Angkatan Tentera.

101112

Selesai acara istiadat yang penuh gemilang ini, turut diadakan adalah majlis serah terima tugas Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara di antara Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dengan Datin Sri Dato’ Norainy binti Shahar Alam yang berlangsung di Rumah BAKAT Udara, Pangkalan Udara Subang.

789

Di akhir acara, Panglima Angkatan Tentera dan isteri telah diraikan dalam acara send-off dengan menggunakan pesawat pejuang FA-18D Hornet.